Saturday, March 23, 2013

SHAHRIZAL AHMAD ALBAB USAHAWAN TERNAKAN DI BANDAR RAYA PULAU PINANG



Ternakan ialah suatu bidang YANG MEMBUKA rezeki yang lumayan. Kita melihat bagaimana orang Sikh dan India menternak lembu di kawasan lombong, di bawah jejambat dan di kawasan lapang mana saja yang terluang.Mereka mengambil kesempatan ini. Ternakan mengahasilkan susu , daging segar dan baja.
Anggarannya jika seseorang penternak memiliki 100 ekar ternakan berapakah modalnya.Secara kasar ia ada RM 300.000 .Itu belum termasuk pendapatan sampingan daripada susu dan sebagainya. Bagaimana jika ternakannya menjadi .Ia kan mendapat tambahan aset yang berganda.

Potensi ini dikenalpasti oleh anak muda yang gigih SHAHRIZAL AHMAD anak kelahiran Tg Tokong yang kini berusia 26 tahun. Beliau kini memilik lembu, kambing, ayam kampung,ayam piru, ayam belanda, itik,itik nila, angsa dan arnab. Berkat usaha ia dan bapanyanya ,Shahrizal mampu menjadi pembekal ayam piru segar di P.Pinang.

Anak muda ini juga meminati sukan bola sepak freestyle dan permainan padang. Ia bercita-cita memajukan pasukan bola yang ditubuhkannya WIRA TANJONG. Ia bercadang melibatkan anak-anak muda dalam usaha ternakan dibandar!

Ia mengharapkan ada agensi dan GLC kerajaan membantu iaitu menyediakan tapak untuk menternak ayam piru. Kawasan ternakan tidaklah begitu luas. Jika berjaya , Shahrizal hendak mewujudkan tempat penyembelihan dan pemprosesan daging segar.

1 comment:

  1. Penternakan ayam belanda semakin berpotensi kerana pengimpotan ayam belanda dari luar dihentikan kerana tidak menepati spesifikasi halal.

    ReplyDelete