Saturday, March 23, 2013

CITA-CITA DAN KEAZAMAN BERJAYA DALAM KEUSHAWANAN DAN KESUKANAN




PROFAIL USAHAWAN MUDA SHAHRIZAL BIN  AHMAD

NAMA : SHAHRIZAL AHMAD   BAPA : AHMAD AYUB



Tarikh Lahir :  27 Febuari 1987    Tempat Kelahiran: Tanjong Tokong      



Alamat : 282 F Tanjong Tokong 10470 P.Pinang    



Kerjaya : Pengusaha Ternakan Dalam Bandar -  Lembu, kambing, Ayam piru, ayam kampung,  itik   angsa,  itik nila,  ayam belanda dan arnab



Cita-cita – menjadi usahawan yang berjaya membekalkan daging ternakan haiwan hidup yang segar di dalam Bandar raya P.Pinang.



Aktiviti Masa Lapang : Bermain bola sepak dan selaku jurulatih dan pengurus Pasukan Wira Tanjong.



Moto Hidup :  Berjaya !  Berkat Usaha Insya Allah !



PEGALAMAN DALAM KEUSAHAWANAN



  1. Mula berkecimpung dengan bapa saya Ahmad bin Ayub . Permulaannya dengan sepasang kambing di kawasan tanah perkuburan Islam Tanjong Tokong pada tahun 1993 ketika berumur 5 tahun.



  1. Pada tahun 1997  ternakan membiak mencapai 30 ekor .Kandangnya di kawasan tebusguna bersebelahan dengan rumah Ustaz Taufut . Ternakan tersebut dijual dengan harga RM 300/  seekor


  1. Setelah berhasil dengan  ternakan kambing mula menceburi usaha ternakan lain seperti  lembu, kambing , ayam kampung , ayam piru itik , ayam belanda,angsa dan arnab ternakan mencecah RM  100, 000

  1. Tahun 2000-2004 - Menghadapi masalah kerana tapak hendak digunakan oleh pemaju. Ternakan terpaksa dijual. Ada yang terbiar begitu sahaja.



  1. Berehat selama 3 tahun namun tidak putus asa . Pada tahun 2007 berlaku kebakaran di perkampungan Tanjong Tokong . Setelah itu mula mula menternak semula apabila tapak tersebut dikosongkan dan terbiar. Ternakan yang diusahakan ialah ialah kambing,ayam piru, ayam kampung,angsa,itik nila, ayam belanda dan itik . Kos membina kandang, kos pengurusan , kos makanan dan perawatan dan peralatan mencecah RM 50,000


TRAGEDI



Pada   27 hb Febuari 2012 ,hari Isnin  jam 9.00 pagi kandang saya dimusnahkan dengan menggunakan jentolak oleh pihak kontrektor lantikan UDA Land North Sdn Berhad. Beliau ialah En Shaar bin Shariff. Beliau tidak memberi sebarang notis sama ada secara lisan atau bertulis.Saya telah  membuat laporan polis pada hari kejadian malang tersebut.

Saya mengalami kerugian yang parah.



Binatang mati terkejut  dan kandang dilanyak jentera berat. Berusaha mendapatkan pampasan daripada pihak yang terlibat dan meneruskan usaha ternakan yang baru. 

Mereka memindahkan saya ke tapak baru di kawasan tebusguna berhapiran rumah transit UDA tanpa surat pengesahan  daripada pihak pemilik tanah.Kedudukan saya kini tidak selamat..Namun usaha tetap diteruskan kerana  ini adalah sumber rezeki dan pilihan dan cita cita saya untuk menjadi usahawan ternakan di bandar.




HARAPAN



Usaha ternakan ini akan diteruskan walaupun menghadapi masalah.Banyak tanah yang terbiar yang boleh diguna pakai untuk tujuan ternakan.Ternakan ayam piru yang punyai pasaran luas dan sangat laris tidak memerlukan kawasan yang luas. 

Diharap pihak yang terlibat bersimpati memberi tempoh dan  kebenaran menggunakan  tapak  kini untuk kegunaan sementara sebelum projek dibuat.Saya juga berharap pihak UDA Land North bersifat untuk membantu memulihkan usaha ternakan ini.Semoga tekad dan kerja kuat  anak muda yang telah  membuktikan kegigihan menjadi pengusaha ternakan dibandar tidak disia-siakan.




KESIMPULAN



Saya merancang menjadi pembekal  daging ternakan haiwan segar.Pihak agensi kerajaan dan GLC kerajaan patut membantu. Semangat keusahawanan anak muda jangan dilemahkan. Masih ada anak muda yang bermotivasi menerjunkan diri dalam  usaha yang bergelumang dengan kekotoran. Usaha yang berjaya ini nescaya menyuntik semangat kepada anak-anak muda yang lain. Kejayaannya ialah contoh kejayaan anak muda seluruhnya di Tanjong Tokong.



                          BERJAYA ! INSYA ALLAH BERKAT                              TEKAD DAN KEGIGIHAN !




SHAHRIZAL AHMAD ALBAB USAHAWAN TERNAKAN DI BANDAR RAYA PULAU PINANG



Ternakan ialah suatu bidang YANG MEMBUKA rezeki yang lumayan. Kita melihat bagaimana orang Sikh dan India menternak lembu di kawasan lombong, di bawah jejambat dan di kawasan lapang mana saja yang terluang.Mereka mengambil kesempatan ini. Ternakan mengahasilkan susu , daging segar dan baja.
Anggarannya jika seseorang penternak memiliki 100 ekar ternakan berapakah modalnya.Secara kasar ia ada RM 300.000 .Itu belum termasuk pendapatan sampingan daripada susu dan sebagainya. Bagaimana jika ternakannya menjadi .Ia kan mendapat tambahan aset yang berganda.

Potensi ini dikenalpasti oleh anak muda yang gigih SHAHRIZAL AHMAD anak kelahiran Tg Tokong yang kini berusia 26 tahun. Beliau kini memilik lembu, kambing, ayam kampung,ayam piru, ayam belanda, itik,itik nila, angsa dan arnab. Berkat usaha ia dan bapanyanya ,Shahrizal mampu menjadi pembekal ayam piru segar di P.Pinang.

Anak muda ini juga meminati sukan bola sepak freestyle dan permainan padang. Ia bercita-cita memajukan pasukan bola yang ditubuhkannya WIRA TANJONG. Ia bercadang melibatkan anak-anak muda dalam usaha ternakan dibandar!

Ia mengharapkan ada agensi dan GLC kerajaan membantu iaitu menyediakan tapak untuk menternak ayam piru. Kawasan ternakan tidaklah begitu luas. Jika berjaya , Shahrizal hendak mewujudkan tempat penyembelihan dan pemprosesan daging segar.